Rabu, November 03, 2010

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Bases Learning)

Istitusi pendidikan di Malaysia dan kebanyakan tempat di seluruh dunia beralih dari pembelajaran yang berpusatkan guru dan pensyarah kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Isu-isu masa kini cenderung melihat kegagalan pelajar dalam tugas nelajar adalah kesalahan guru ketika melaksanakan pengajaran pembelajaran. Oleh itu pembelajaran kini diubahsuai berorentasikan guru sebagai fasilator kepada pelajar. Pendekatan berbentuk instruktivitis dan Konstruktivis. Pembelajaran Berasaskan masalah PBL atau juga dikenali sebagai Problem Bases Learning (PBL) yang merupakan salah satu pendekatan konstruktivis dimana kerjasama di kalangan pelajar merupakan kunci utama kejayaan kaedah pembelajaran ini dan guru atau pensyarah sebagai fasilatator. Sejarah bermulanya pembelajaran berasaskan masalah di sekolah perubatan (Barrows). Digunakan di kedua-dua peringkat rendah dan juga menengah. Lebih kepada pelajar pandai. Disesuaikan untuk semua peringkat pelajar. Diguna untuk mengajar pihak pentadbir. Kini mula di gunakan di Malaysia dan dikebanyakan negara.

Pembelajaran berasaskan masalah (problem based leaning, PBL), pembelajaran koorperatif (coorperative leaning, CL),pembelajaran aktif (active leaning) memberi makna yang sama dalam proses-proses pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk membolehkan pelajar memahami apa yang dipelajari danmenggunakan semula ilmu tersebut dan kemahiran yang telah disampaikan melalui masalah yang di timbulkan. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan akhbar, menyatakan bahawa beliau mahu melihat perubahan dalam corak pendidikan agar melahirkan pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan berpengetahuan (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Fungsi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

 Masalah ini digunakan untuk merangsang perasaan ingin tahu dan minat
terhadap tajuk yang diberi.

 mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul pelbagai
disipin.

 Mendapatkan pengetahuan secara pembelajaran kendiri.

 Mendidik pelajar bekerja dan menyesuaikan diri dalam kerja kumpulan.

 Memperbaiki dan membina kemahiran berkomunikasi pelajar.

 Membina keupayaan menyelesai masalah pelajar.

 Menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir.

 Membuat proses p&p itu sesuatu yang mengembirakan.


Perbezaan PBL dari Penyelesaian Masalah

Dalam penyelesaian masalah atau Problem Solving (PS), maklumat yang diberikan dalam trigger hampir lengkap. Fokus pembelajaran adalah untuk menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat yang ada. Manakala dalam PBL, maklumat di dalam trigger merupakan maklumat awal, seperti yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Proses pembelajaran berlaku apabila pelajar perlu memahami masalah yang diberikan, seterusnya mengenalpasti apakah maklumat tambahan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Ini bermakna PS adalah sebahagian dari PBL.

Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

i. Membaca/melihat/mendengar trigger.

ii. Mengenalpasti istilah yang tidak difahami.

iii. Mengenalpasti perkara penting (cue) dari trigger.

iv. Membuat ‘formulasi masalah’.

v. Menyenarai hipotesis berdasarkan ‘masalah’.

vi. Merancang strategi untuk mendapatkan maklumat tambahan melalui pertanyaan
dan pemeriksaan.
vii. Mengenalpasti keperluan pembelajaran dalam menyelesaikan langkah 5 – 6.

viii. Membaharui ‘formulasi masalah’ (problem reformulation) berdasarkan maklumat
tambahan/baru.

ix. Menyelesaikan masalah.

x. Merumus semua hasil perbincangan dan kaitannya dengan ‘masalah’ dalam satu
peta konsep.

xi. Menilai prestasi secara kendiri dan mendapat maklumbalas dari rakan serta
fasilitator.

Kebaikan daripada Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005). Melalui PBL, setiap pelajar diberi banyak peluang untuk mempraktikan teknik pembelajaran kendiri iaitu merupakan elemen penting dalam menentukan kerjaya mereka pada masa akan datang dan mampu menghadapi cabaran. Selain itu, kebolehupayaan pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan melalui kerjasama dalam kumpulan. Ini pengalaman ini dapatkan oleh pelajar dalam alam sebebnar pekerjaan dan kehidupan.

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa PBL banyak memberi tumpuan terhadap cara pelajar menganalisis masalah yang di perolehinya dan bagaimana pelajar itu menyelesaikan masalah yang wujud itu. Kemahiran menyelesaikan masalah adalah penting untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti yang merupakan bakal-bakal pemimpin pada masa hadapan yang akan mengharungi cabaran dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah dan mempunyai keyakinan dalam memimpin, malah yakin dalam membuat keputusan yang tepat dan adil. Kaedah PBL ini akan melahirkan pelajar atau individu yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi, mengamalkan cara komunikasi yang betul, dan berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat. Inilah cirri-ciri pemimpin yang disenangi oleh semua orang.

Rujukan:

Hasyamudin Othman dan Rahifa Mustafa. (2005). Kertas Kerja Perbentangan “Kemahiran Generik dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan-Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ONN (KUiTTHO)”.

Zurida Ismail, Norhaidah Syed Idros (Sharifah.), Mohd. Ali Samsudin (2006). Kaedah Mengajar Sains

Tiada ulasan:

Catat Ulasan