Rabu, November 03, 2010

Esei: Keindahan Seni Wayang Wong

Kesenian Di Dalam Wang Wong



Wayang Wong ini wujud sejak berabad yang lalu. Bermula Wwang pada zaman Mataram Kuna di Jawa Tengah paa abad ke-8 sampai abad ke-10. Setelah itu disusuli oleh Wayang Wwang dan Raket di Kerajaan-Kerajaan Kuna Jawa Timur pada abad ke-10 sehingga abad ke-16. Setelah itu berkembang sebagai Wayang Topeng pada zaman Mataram Jawa Tengah pada abad ke 16 sampai abad ke-18. Kini Wayang Wong telah di kenali di Keraton Yogyarkata pada tahun 1755-1939.

Menurut Beryl dan Walter Spies, Apabila kita mengamati secara teliti, ternyata di antaranya berbagai bentuk seni terdapat hubungan yang sangat erat di dalam perkembangan sejarahnya. Hal ini kita jumpai Jawa dalam Wayang ( Wayang Kulit) dan Wayang Wong (dramatari). Wayang Wong adalah nama sebuah drama tari yang terdapat dibeberapa daerah di Indonesia. Di Bali, Wayang Wong merupakan drama tari bertopeng yang menggunakan dialog Bahasa Kawi yang selalu menampilkan wira cerita Ramayana (Soedarsono , 2002 : 140). Bahkan boleh di katakan, wayang dan Wayang Wong di Jawa berkembang seiring, dimana mempengaruhi satu sama lain dan boleh dikatakan bahawa wayang wong adalah personafikasi daripada wayang kulit. Wayang Wong pelakon watak adalah daripada watak-watak di dalam wayang kulit, walaupun Wayang Wong terdiri daripada barisan pelakon manusia. Perkembangan ini berlaku juga di Bali dan Thailand. Di Bali, terdapat wayang Ramayana iaitu berasal dari wayang kulit berkisahkan Ramayana dan terdapat juga Wayang Wong ini iaitu dramatari yang membawa kisah Ramayana. Di samping, Wayang Parwa iaitu wayang kulit yang berkisahkan Mahabarata. Bali juga terdapat Parwa dan di dramatari dengan tidak bertopeng. Thailand juga mempunyai dramatari bertopeng yang disebut Khon merupakan perkembangan baru nang yai (drama boneka kulit yang besar) yang membawa cerita Ramayana. ( R.M. Soedarsono, 1997).

Kini Wayang Wong kurang dikenali oleh individu pada masa kini. Ia hanya akan di pertontonkan di dalam upacara tertentu sahaja. Wayang Wong ini juga dikenali sebagai wayang orang ini kerana penari-penarinya dalah terdiri daripada manusia. Wayang Wong di pertunjukkan dalam upacara kenegaraan di Yoryarkata. Malahan kini di pertunjukkan bagi menarik pelancongan ke Indonesia. Masyarakat di Malaysia sendiri kurang mengetahui akan adanya seni wayang berunsurkan manusia yang di adaptasikan daripada wayang kulit yang kini polular di negeri Kelantan.

Persamaan dan Perbezaan Wayang Wong dan Wayang Kulit

• Wayang Wong dan Wayang Kulit mempunyai persamaan yang ketara. Wayang Wong telah meminjam elemen daripada wayang Kulit. Seperti jalan kisah dan kebanyakkan berkisahkan kepada Ramayana dan Mahabarata.

• Wayang wong juga mempunyai perbezaan darisegi persembahan iaitu Wayang Wong mengadaptasikan Wayang Kulit kepada lakonan mengunakan manusia dan hanya memakai topeng yang mempunyai persamaan dengan Wayang Kulit.

• Boneka-boneka wayang kulit di gantikan dengan penari-penari manusia di dalam wayang wong juga menghasilkan perubahan-perubahan yang ketara pada pemakaian pelakon dan gerak.

• Wayang Wong juga berbeza dengan Wayang Kulit iaitu dari segi penggunaan teks bertulis. Penggunaan teks bertulis bermula oleh sultan Hamengku Buwana I (1755-1792. Tek bertulis itu di susun benar-benar untuk digunakan dalam pertunjukkan dan Sultan secara peribadinya sebagai penasihat kepada penulisan tersebut.


Wayang Wong Digunakan Sebagai Sebuah Ucara Kenegaraan

Ada yang membuktikan bahawa wayang wong di Istana Yogyarkata bukan sahaja merupakan sebuah hiburan artistik yang megah, tetapi merupakan pertunjukkan ini memilih latar belakang politik dan ritual yang sangat mendalam. Pertunjukkan Wayang Wong berkaitan dengan Pangeran Mangkabimi sebagai penguasa yang sah dari Mataram. Dengan ini tidak hairan jika Wayang Wong di Istana Yogyarkata menggagap sebagai pusaka iaitu sebuah warisan suci.

Wayang Wong dipertunjukkan untuk upacara kenegaraan di Keraton untuk memperingati upacara penobatan Sultan, meraikan upacara perkahwinan bagi kerabat diraja, serta di gunakan untuk memperingati hari kelahiran Sultan yang sangat penting setahun sekali. Hanya setelah wujudnya kumpulan tari Kridha Beksa Wirama pada tahun 1918, Wayang Wong berkembang pula sebagai hiburan estetis di luar tembok Keraton.

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa Wayang Wong ini mempunyai keunikan yang tersendiri, Wayang Wong ini juga mempunyai unsur Hindu Buddha. Kesenian ini perlu diperkenalkan dengan lebih meluas kepada penduduk dunia sebagai suatu kesenian yang unik bagi penduduk nusantara. Selain itu, Wayang Wong merupakan kesenian nusantara. Oleh itu, Wayang Wong ini kurang popular berbanding Wayang Kulit. Namun Sesungguhnya pertunjukan wayang Kulit wong tidak kalah menarik dengan wayang kulit. Wayang Wong mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu penonton akan menikmati perjalanan cerita dengan melihat keindahan gerakkan para penari. Tarian tradisional dari Indonesia juga dapat dilihat diluar tembok keraton dan kerajaan juga.

Rujukan:

R.M Soedarsono (1997), Wayang Wong: Drama Tari Ritual Kenegaraan di Keraton Yogyakarta.Gadjah Mada University Press, Indonesia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan