Rabu, November 03, 2010

Keroncong Haryati dari Kumpulan Balle Balle

Kesenian Khat

Seni Tulisan Khat


Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati´ – Amiera_ns. Ungkapan yang lebih ironis tentang memahami kesenian Islam ini menggambarkan betapa halusnya nilai seni yang terpancar pada setiap huruf seni khat. Lakaran-lakaran seni dan tulisan diadun bahasa fikir sehingga menjadi untaian tali jiwa dalam memahami erti kehidupan segajat, membangkitkan nafsu kecintaan sesama manusia juga kepada Maha Pencipta – konsep seni dalam silaturrahim Islam.

Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia. Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku. Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta.

Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan. Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak dari inilah muncul kesenian seni kaligrafi Islam yang telah dimulai dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini. Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh.



Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12. Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa. Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan.

Diperolehi daripada http://hasrulkhat.webnode.com/tentang-khat/

Muzik Keroncong

 Muzik Keroncong

Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya.

Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.(Ariff Ahmad 2001, Seni Muzik Keroncong)

Walaubagaimana pun pengaruh muzik Barat yang bermula pada pertengahan kurun ke-20 telah menjejaskan perkembangan seni muzik tradisional terutamanya di kalangan generasi muda sehinggalah ke masa kini. Pada masa kini, kemajuan teknologi semakin maju dan kemudahan ekloktronik yang mudah. Dengan kemajuan ini wujudlah peralatan muzik yang mengantikan pelatan muzik tradisional seperti radio, MP3, MP4, DVd dan sebangainya lagi. Dengan ini, muzik tradisional terpaksa bersaing dan akhirnya mengalami kemerosotan di ancam muzik Barat. Oleh itu kita sebagai pewaris haruslah menjaga kesenian Melayu Tradisional dengan baik dan di perturunkan agar "tidak hilang dek hujang, x lekang dek panas."

Esei: Keindahan Seni Wayang Wong

Kesenian Di Dalam Wang Wong



Wayang Wong ini wujud sejak berabad yang lalu. Bermula Wwang pada zaman Mataram Kuna di Jawa Tengah paa abad ke-8 sampai abad ke-10. Setelah itu disusuli oleh Wayang Wwang dan Raket di Kerajaan-Kerajaan Kuna Jawa Timur pada abad ke-10 sehingga abad ke-16. Setelah itu berkembang sebagai Wayang Topeng pada zaman Mataram Jawa Tengah pada abad ke 16 sampai abad ke-18. Kini Wayang Wong telah di kenali di Keraton Yogyarkata pada tahun 1755-1939.

Menurut Beryl dan Walter Spies, Apabila kita mengamati secara teliti, ternyata di antaranya berbagai bentuk seni terdapat hubungan yang sangat erat di dalam perkembangan sejarahnya. Hal ini kita jumpai Jawa dalam Wayang ( Wayang Kulit) dan Wayang Wong (dramatari). Wayang Wong adalah nama sebuah drama tari yang terdapat dibeberapa daerah di Indonesia. Di Bali, Wayang Wong merupakan drama tari bertopeng yang menggunakan dialog Bahasa Kawi yang selalu menampilkan wira cerita Ramayana (Soedarsono , 2002 : 140). Bahkan boleh di katakan, wayang dan Wayang Wong di Jawa berkembang seiring, dimana mempengaruhi satu sama lain dan boleh dikatakan bahawa wayang wong adalah personafikasi daripada wayang kulit. Wayang Wong pelakon watak adalah daripada watak-watak di dalam wayang kulit, walaupun Wayang Wong terdiri daripada barisan pelakon manusia. Perkembangan ini berlaku juga di Bali dan Thailand. Di Bali, terdapat wayang Ramayana iaitu berasal dari wayang kulit berkisahkan Ramayana dan terdapat juga Wayang Wong ini iaitu dramatari yang membawa kisah Ramayana. Di samping, Wayang Parwa iaitu wayang kulit yang berkisahkan Mahabarata. Bali juga terdapat Parwa dan di dramatari dengan tidak bertopeng. Thailand juga mempunyai dramatari bertopeng yang disebut Khon merupakan perkembangan baru nang yai (drama boneka kulit yang besar) yang membawa cerita Ramayana. ( R.M. Soedarsono, 1997).

Kini Wayang Wong kurang dikenali oleh individu pada masa kini. Ia hanya akan di pertontonkan di dalam upacara tertentu sahaja. Wayang Wong ini juga dikenali sebagai wayang orang ini kerana penari-penarinya dalah terdiri daripada manusia. Wayang Wong di pertunjukkan dalam upacara kenegaraan di Yoryarkata. Malahan kini di pertunjukkan bagi menarik pelancongan ke Indonesia. Masyarakat di Malaysia sendiri kurang mengetahui akan adanya seni wayang berunsurkan manusia yang di adaptasikan daripada wayang kulit yang kini polular di negeri Kelantan.

Persamaan dan Perbezaan Wayang Wong dan Wayang Kulit

• Wayang Wong dan Wayang Kulit mempunyai persamaan yang ketara. Wayang Wong telah meminjam elemen daripada wayang Kulit. Seperti jalan kisah dan kebanyakkan berkisahkan kepada Ramayana dan Mahabarata.

• Wayang wong juga mempunyai perbezaan darisegi persembahan iaitu Wayang Wong mengadaptasikan Wayang Kulit kepada lakonan mengunakan manusia dan hanya memakai topeng yang mempunyai persamaan dengan Wayang Kulit.

• Boneka-boneka wayang kulit di gantikan dengan penari-penari manusia di dalam wayang wong juga menghasilkan perubahan-perubahan yang ketara pada pemakaian pelakon dan gerak.

• Wayang Wong juga berbeza dengan Wayang Kulit iaitu dari segi penggunaan teks bertulis. Penggunaan teks bertulis bermula oleh sultan Hamengku Buwana I (1755-1792. Tek bertulis itu di susun benar-benar untuk digunakan dalam pertunjukkan dan Sultan secara peribadinya sebagai penasihat kepada penulisan tersebut.


Wayang Wong Digunakan Sebagai Sebuah Ucara Kenegaraan

Ada yang membuktikan bahawa wayang wong di Istana Yogyarkata bukan sahaja merupakan sebuah hiburan artistik yang megah, tetapi merupakan pertunjukkan ini memilih latar belakang politik dan ritual yang sangat mendalam. Pertunjukkan Wayang Wong berkaitan dengan Pangeran Mangkabimi sebagai penguasa yang sah dari Mataram. Dengan ini tidak hairan jika Wayang Wong di Istana Yogyarkata menggagap sebagai pusaka iaitu sebuah warisan suci.

Wayang Wong dipertunjukkan untuk upacara kenegaraan di Keraton untuk memperingati upacara penobatan Sultan, meraikan upacara perkahwinan bagi kerabat diraja, serta di gunakan untuk memperingati hari kelahiran Sultan yang sangat penting setahun sekali. Hanya setelah wujudnya kumpulan tari Kridha Beksa Wirama pada tahun 1918, Wayang Wong berkembang pula sebagai hiburan estetis di luar tembok Keraton.

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa Wayang Wong ini mempunyai keunikan yang tersendiri, Wayang Wong ini juga mempunyai unsur Hindu Buddha. Kesenian ini perlu diperkenalkan dengan lebih meluas kepada penduduk dunia sebagai suatu kesenian yang unik bagi penduduk nusantara. Selain itu, Wayang Wong merupakan kesenian nusantara. Oleh itu, Wayang Wong ini kurang popular berbanding Wayang Kulit. Namun Sesungguhnya pertunjukan wayang Kulit wong tidak kalah menarik dengan wayang kulit. Wayang Wong mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu penonton akan menikmati perjalanan cerita dengan melihat keindahan gerakkan para penari. Tarian tradisional dari Indonesia juga dapat dilihat diluar tembok keraton dan kerajaan juga.

Rujukan:

R.M Soedarsono (1997), Wayang Wong: Drama Tari Ritual Kenegaraan di Keraton Yogyakarta.Gadjah Mada University Press, Indonesia.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Bases Learning)

Istitusi pendidikan di Malaysia dan kebanyakan tempat di seluruh dunia beralih dari pembelajaran yang berpusatkan guru dan pensyarah kepada pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Isu-isu masa kini cenderung melihat kegagalan pelajar dalam tugas nelajar adalah kesalahan guru ketika melaksanakan pengajaran pembelajaran. Oleh itu pembelajaran kini diubahsuai berorentasikan guru sebagai fasilator kepada pelajar. Pendekatan berbentuk instruktivitis dan Konstruktivis. Pembelajaran Berasaskan masalah PBL atau juga dikenali sebagai Problem Bases Learning (PBL) yang merupakan salah satu pendekatan konstruktivis dimana kerjasama di kalangan pelajar merupakan kunci utama kejayaan kaedah pembelajaran ini dan guru atau pensyarah sebagai fasilatator. Sejarah bermulanya pembelajaran berasaskan masalah di sekolah perubatan (Barrows). Digunakan di kedua-dua peringkat rendah dan juga menengah. Lebih kepada pelajar pandai. Disesuaikan untuk semua peringkat pelajar. Diguna untuk mengajar pihak pentadbir. Kini mula di gunakan di Malaysia dan dikebanyakan negara.

Pembelajaran berasaskan masalah (problem based leaning, PBL), pembelajaran koorperatif (coorperative leaning, CL),pembelajaran aktif (active leaning) memberi makna yang sama dalam proses-proses pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk membolehkan pelajar memahami apa yang dipelajari danmenggunakan semula ilmu tersebut dan kemahiran yang telah disampaikan melalui masalah yang di timbulkan. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan akhbar, menyatakan bahawa beliau mahu melihat perubahan dalam corak pendidikan agar melahirkan pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan berpengetahuan (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Fungsi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

 Masalah ini digunakan untuk merangsang perasaan ingin tahu dan minat
terhadap tajuk yang diberi.

 mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul pelbagai
disipin.

 Mendapatkan pengetahuan secara pembelajaran kendiri.

 Mendidik pelajar bekerja dan menyesuaikan diri dalam kerja kumpulan.

 Memperbaiki dan membina kemahiran berkomunikasi pelajar.

 Membina keupayaan menyelesai masalah pelajar.

 Menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir.

 Membuat proses p&p itu sesuatu yang mengembirakan.


Perbezaan PBL dari Penyelesaian Masalah

Dalam penyelesaian masalah atau Problem Solving (PS), maklumat yang diberikan dalam trigger hampir lengkap. Fokus pembelajaran adalah untuk menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat yang ada. Manakala dalam PBL, maklumat di dalam trigger merupakan maklumat awal, seperti yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Proses pembelajaran berlaku apabila pelajar perlu memahami masalah yang diberikan, seterusnya mengenalpasti apakah maklumat tambahan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Ini bermakna PS adalah sebahagian dari PBL.

Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

i. Membaca/melihat/mendengar trigger.

ii. Mengenalpasti istilah yang tidak difahami.

iii. Mengenalpasti perkara penting (cue) dari trigger.

iv. Membuat ‘formulasi masalah’.

v. Menyenarai hipotesis berdasarkan ‘masalah’.

vi. Merancang strategi untuk mendapatkan maklumat tambahan melalui pertanyaan
dan pemeriksaan.
vii. Mengenalpasti keperluan pembelajaran dalam menyelesaikan langkah 5 – 6.

viii. Membaharui ‘formulasi masalah’ (problem reformulation) berdasarkan maklumat
tambahan/baru.

ix. Menyelesaikan masalah.

x. Merumus semua hasil perbincangan dan kaitannya dengan ‘masalah’ dalam satu
peta konsep.

xi. Menilai prestasi secara kendiri dan mendapat maklumbalas dari rakan serta
fasilitator.

Kebaikan daripada Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005). Melalui PBL, setiap pelajar diberi banyak peluang untuk mempraktikan teknik pembelajaran kendiri iaitu merupakan elemen penting dalam menentukan kerjaya mereka pada masa akan datang dan mampu menghadapi cabaran. Selain itu, kebolehupayaan pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan melalui kerjasama dalam kumpulan. Ini pengalaman ini dapatkan oleh pelajar dalam alam sebebnar pekerjaan dan kehidupan.

Kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa PBL banyak memberi tumpuan terhadap cara pelajar menganalisis masalah yang di perolehinya dan bagaimana pelajar itu menyelesaikan masalah yang wujud itu. Kemahiran menyelesaikan masalah adalah penting untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti yang merupakan bakal-bakal pemimpin pada masa hadapan yang akan mengharungi cabaran dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah dan mempunyai keyakinan dalam memimpin, malah yakin dalam membuat keputusan yang tepat dan adil. Kaedah PBL ini akan melahirkan pelajar atau individu yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi, mengamalkan cara komunikasi yang betul, dan berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat. Inilah cirri-ciri pemimpin yang disenangi oleh semua orang.

Rujukan:

Hasyamudin Othman dan Rahifa Mustafa. (2005). Kertas Kerja Perbentangan “Kemahiran Generik dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan-Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ONN (KUiTTHO)”.

Zurida Ismail, Norhaidah Syed Idros (Sharifah.), Mohd. Ali Samsudin (2006). Kaedah Mengajar Sains